09.29.07
Majlis Berbuka Puasa BKMPJ
Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan telah mengadakan majlis berbuka puasa dan majlis perpisahan ntuk Bayam. Majlis tuh telah diadakan pada 27 September arituh bersamaan 15 Ramadhan 1428H. Majlis arituh telah diadakan juga ntuk memberi penerangan kepada bebudak Pahang yang baru sampai yang terdiri daripada 34 orang budak IKIP-Yarmouk dan seorang bdak JUST. Dalam masa itu juga terdengar nama-nama yang tak pernah jadi ahli BKMPJ tapi naik nama. Hurm….. apasal dlu aku xpernah dapat borang bebudak nie? Hahahahaha…..
Paperpun makanan ntuk berbuka arituh telah disediakan bebudak IKIP. Menu: Puding, Nasi Ayam, Anggur, Tamar, Air Oren, ngan Pengat Pisang. Aiseh boleh tahan jugak bebudak nie memasak. Pasnie Pahang bleh wat macam-macam lagi program ek….
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah berusaha ntuk menjayakan program tuh. Juga kepada Ibrahim a.k.a Bayam tahniah kerana telah grad. Semoga menjadi doktor yang berjaya. Ayat biasa orang: kalau khawin jgn lupa hantar kad jemputan. Ayat luar biasa: wei ko nie xreti2 ker nak bgtau perkembangan ko? Ahahahaha. Memang bangga dan sedih juga ah. Paperpun bayam dah lepas. Xkan aku xleh kot. Aku berharap agar aku tidak hanyut dengan dunia yang penuh dengan pelbagai dugaan nie….

Aladin sedang memberikan ucapan selaku Yang di-Pertua BKMPJ.

Bayam Sedang memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar baru.

Pelajar IKIP lelaki.

Pelajar IKIP perempuan.

Bagi hadiah kat Bayam….

Acara yang paling dinantikan oleh semua…. Sesi melantak.
Ramadhan kareem….
Berpuasa di Jordan
Puasa adalah ibadah yang wajib dilaksanakan oleh ummat Islam yang mampu melakukannya. Kali nie nak bercerita sedikit pengalaman berpuasa di negara orang nie. Masuk kali nie, dah kali ke-4 aku berpuasa di Jordan. Pelbagai benda telah aku dapat dan pelajari daripada semua tuh. Daripada ragam manusia kepada dugaan-dugaan kat snih.
Memang betullah kalau orang cakap time ramadhan nielah time untuk menguji kesabaran dan keimanan kita. Mungkin bagi mereka yang berada kat Malaysia, cabaran tidak sehebat di sini (atau mungkin lebih?). Walaupun Jordan dikenali sebagai negara Islam, tetapi mungkin Islam sekadar nama sahaja. Tidak pada perlakuan. Rasulullah sendiri pernah memarahi kaum arab. Kerana mereka beranggapan diri mereka lebih superior daripada kaum lain. Mereka merasakan bahawa Islam diturunkan kepada mereka. Tetapi kebanyakkan yang merosakkan agama sendiri adalah mereka.
Ok, kembali semula kepada cerita pasal Ramadhan kat snih. First nak citer menda menarik kat snih. Kalau time ramadhan nie, best sebab kelas abes awal. Katanya sempena nak menghormati ramadhan. Tetapi aku merasakan mereka yang buat rules tuh nak blah awal gak. Hahahahaha…. Lagi yang best adalah time ramadhan nie ada kuar sejenis kuih tempatan yang hanya dihasilkan time ramadhan. Nama dia kutoif. Macam lempeng skit kot. Tapi ok ah merasa ah skit macam kat Malaysia walaupun memang bukan Malaysia. Lagi tarawih kat snih pun best. Dua masjid ajer yang aku selalu kunjungi time ramadhan nie. Ada Masjid Universiti Yarmouk dan Masjid Al-Tal. Kalau rajin akan berkunjung ke Masjid Universiti. Tapi kalau kureng skit pergi Masjid Tal ajer. Ahahahaha……
Selain tuh time ramadhan nie boleh ah nengok jalan kat depan umah tuh clear skit. Tuh pun pasal arab yang tak puasa tuh gi nyorok belakang umah aku buat line nak ponteng puasa. (Siot nyer arab). Lagi aper ek? Ntah macam dah xder sangat kot nak citer pasal yang best. Ok skang citer pasal yang tak best plak.
Ok yang tak best, sebab tahun nie kena puasa time falls, so still agak panas lagi. (Nasib baik semua kelas ada air-cond. Heheheheh ;P). Pastuh biasa nyer arab nie xkire ramadhan ker aper ker (lagi-lagi generasi terbaru kat JUST tuh), mak aih pakaian tau ah body tuh lawan, tapi korang hanya menggandakan dosa korang tuh ajer. Lagi time ramadhan nie juga orang senang nak temper. Especially mereka yang short temper. Ntahlah mungkin inilah dia lumrah kehidupan. Bak kat pepatah melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendrik. Tapi baik negeri sendrik (tapi kalau hujan emas amek emas bleh jual cepat skit kaya).
Ok ah malas nak citer panjang-panjang sangat. Nanti jadi mengumpat plak. Hurm….
Ramadhan kareem 1428H
09.28.07
Salam Pertemuan
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Bermula kembali semester baru di Jordan. Alhamdulillah setelah kembali ke Malaysia untuk hampir sebulan, kini diri ini kembali berada di bumi yang menjanjikan seribu satu kenangan untuk dibina dan dikutip sebagai bekalan hidup… Setelah sekian lama memikirkan untuk membina laman yang baru, kali ini baru berkesempatan untuk melakukannya. Bukan tidak ada kerja yang hendak dilakukan, tetapi mengambil sedikit peluang untuk mencoretkan serba sedikit tentang kehidupan ini. Untuk mereka yang ingin mengambil pengalaman ini sebagai panduan. Mungkin diri ini tidak sehebat orang lain, tetapi bagi aku diriku adalah juara yanag tidak mungkin boleh dikalahkan.
Kadang-kadang terfikir juga tentang kehidupan ini. Pelbagai ragam dan perangai manusia dapat kita lihat. Dari sebaik-baik manusia hinggalah kepada mereka yang dianggap binatang bertopengkan manusia. Sekadar membawa semua untuk merenung satu perkara tentang kehidupan ini. Mengapa manusia selalu mengidamkan sesuatu yang bukan hak milik mereka? Tetapi setelah mendapatnya, mereka akan melupakannya? Mengapa kita selalu iri hati terhadap kejayaan orang lain? Tetapi tidak mahu berusaha untuk lebih berjaya dari mereka sebaliknya mengkhianati mereka? Adakah itu sikap seorang manusia yang digelar insan? Ataukah sebaliknya?
Kita adalah makhluk yang paling mulia telah dihantar ke bumi ini. Tetapi dalam masa yang sama kita sendiri telah meletakkan diri kita di tempat paling rendah sekali. Apakah kita ini makhluk yang hebat? Kita diberikan akal fikiran untuk digunakan bagi kebaikkan semua. Tetapi mengapa ada yang sanggup menggunakan akal fikiran demi menjatuhkan dan memusnahkan bangsa mereka sendiri? Inilah sekelumit daripada hakikat kehidupan ini. Apa yang kita anggap indah itu tidak semuanya indah. Tetapi kita masih lagi berpeluang untuk menjadikan hidup ini indah. Bagaimana caranya? Tepuk dada, tanyalah iman.