09.29.07
Berpuasa di Jordan
Puasa adalah ibadah yang wajib dilaksanakan oleh ummat Islam yang mampu melakukannya. Kali nie nak bercerita sedikit pengalaman berpuasa di negara orang nie. Masuk kali nie, dah kali ke-4 aku berpuasa di Jordan. Pelbagai benda telah aku dapat dan pelajari daripada semua tuh. Daripada ragam manusia kepada dugaan-dugaan kat snih.
Memang betullah kalau orang cakap time ramadhan nielah time untuk menguji kesabaran dan keimanan kita. Mungkin bagi mereka yang berada kat Malaysia, cabaran tidak sehebat di sini (atau mungkin lebih?). Walaupun Jordan dikenali sebagai negara Islam, tetapi mungkin Islam sekadar nama sahaja. Tidak pada perlakuan. Rasulullah sendiri pernah memarahi kaum arab. Kerana mereka beranggapan diri mereka lebih superior daripada kaum lain. Mereka merasakan bahawa Islam diturunkan kepada mereka. Tetapi kebanyakkan yang merosakkan agama sendiri adalah mereka.
Ok, kembali semula kepada cerita pasal Ramadhan kat snih. First nak citer menda menarik kat snih. Kalau time ramadhan nie, best sebab kelas abes awal. Katanya sempena nak menghormati ramadhan. Tetapi aku merasakan mereka yang buat rules tuh nak blah awal gak. Hahahahaha…. Lagi yang best adalah time ramadhan nie ada kuar sejenis kuih tempatan yang hanya dihasilkan time ramadhan. Nama dia kutoif. Macam lempeng skit kot. Tapi ok ah merasa ah skit macam kat Malaysia walaupun memang bukan Malaysia. Lagi tarawih kat snih pun best. Dua masjid ajer yang aku selalu kunjungi time ramadhan nie. Ada Masjid Universiti Yarmouk dan Masjid Al-Tal. Kalau rajin akan berkunjung ke Masjid Universiti. Tapi kalau kureng skit pergi Masjid Tal ajer. Ahahahaha……
Selain tuh time ramadhan nie boleh ah nengok jalan kat depan umah tuh clear skit. Tuh pun pasal arab yang tak puasa tuh gi nyorok belakang umah aku buat line nak ponteng puasa. (Siot nyer arab). Lagi aper ek? Ntah macam dah xder sangat kot nak citer pasal yang best. Ok skang citer pasal yang tak best plak.
Ok yang tak best, sebab tahun nie kena puasa time falls, so still agak panas lagi. (Nasib baik semua kelas ada air-cond. Heheheheh ;P). Pastuh biasa nyer arab nie xkire ramadhan ker aper ker (lagi-lagi generasi terbaru kat JUST tuh), mak aih pakaian tau ah body tuh lawan, tapi korang hanya menggandakan dosa korang tuh ajer. Lagi time ramadhan nie juga orang senang nak temper. Especially mereka yang short temper. Ntahlah mungkin inilah dia lumrah kehidupan. Bak kat pepatah melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendrik. Tapi baik negeri sendrik (tapi kalau hujan emas amek emas bleh jual cepat skit kaya).
Ok ah malas nak citer panjang-panjang sangat. Nanti jadi mengumpat plak. Hurm….
Ramadhan kareem 1428H